Saturday, June 19, 2010

Selamat Bertukar..

Syukur Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Pn Zawiyah bt. Ismail kerana pemohonan beliau untuk bertugas di JPPH Temerloh telah diluluskan. Puspanita JPPH Pahang juga tumpang gembira, bukan sahaja beliau dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung bagi ulang alik pada setiap minggu untuk menjenguk ayah yg sakit di kampung dan lebih bermakna lagi dapat melaksanakan tugas sebagai seorang isteri sepenuhmasa terhadap suami tersayang. Almaklumlah isteri PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) lah katakan.. Dugaan.. Semoga Pn Zawiyah bergembira di tempat tugas baru dan dapat melaksanakan tugas dgn penuh dedikasi di samping keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment