Friday, July 16, 2010

Kelas Agama Khas Untuk Wanita Sahaja..

Alhamdulillah.. Pada hari Isnin 12.07.2010, jam 12.30 tengahari sesi pengenalan kelas fardu ain pertama telah berlansung. Kelas fardu ain akan diadakan 2 kali sebulan, kalau mengikut perancangan. Uiks! lupa nak memperkenalkan ustazah yang mengajar kami, Ustazah Fatimah katanya dah pencen, tapi yang penting dia tak pernah pencen untuk untuk menyampaikan ilmu dan amalan yang baik untuk kita amalkan.
Semoga setiap kelas yang diadakan mendapat manafaat untuk kita semua demi kemajuan muslimin dan muslimat.

Saturday, June 19, 2010

Selamat Bertukar..

Syukur Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Pn Zawiyah bt. Ismail kerana pemohonan beliau untuk bertugas di JPPH Temerloh telah diluluskan. Puspanita JPPH Pahang juga tumpang gembira, bukan sahaja beliau dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung bagi ulang alik pada setiap minggu untuk menjenguk ayah yg sakit di kampung dan lebih bermakna lagi dapat melaksanakan tugas sebagai seorang isteri sepenuhmasa terhadap suami tersayang. Almaklumlah isteri PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) lah katakan.. Dugaan.. Semoga Pn Zawiyah bergembira di tempat tugas baru dan dapat melaksanakan tugas dgn penuh dedikasi di samping keluarga tercinta.

Thursday, May 20, 2010

Selamat Datang



Pengerusi : Pn. Hjh. Zaleha binti Baharum
N/Pengerusi : Pn. Sawiyah binti Abdullah
Setiausaha : Pn. Farah Wahidah binti Ahmad
Bendahari : Pn. Hasemat binti Awang
AJK Sosial : Pn. Mariammah binti Ismail
AJK Pendidikan : Pn. Norneyanti binti Shaharum
AJK Sukan : Pn. Norhafizah binti Wahab